Sukan Hari Ini
Like

Khabib Tampil Bersuara, Berdoa Agar Muslim Uyghur Terus Diberi Kekuatan

December 21, 2019
479 Views
0 Comments
1 minute read
Khabib Tampil Bersuara, Berdoa Agar Muslim Uyghur Terus Diberi Kekuatan

Selepas pemain tengah Arsenal iaitu Mesut Ozil tampil bersuara, kini giliran juara dunia UFC kelas ringan Khabib Nurmagomedov pula menyatakan sokongan terhadap Muslim Uyghur di Xinjiang, China.

Tindakan tersebut ditunjukkan melalui Instastory miliknya apabila berkongsi semula petikan video yang memaparkan kisah mengenai sejarah etnik Uyghur.

Warganegara Rusia itu kemudiannya turut menyatakan kapsyen “Ya Allah, berilah kemudahan untuk para saudara kami, Uyghur” di bawah video berkenaan.

Video asal berdurasi 6.53 minit itu juga menyentuh mengenai kem tahanan yang menempatkan Muslim Uyghur selain diseksa tanpa perikemanusiaan oleh komunis China.

Perkongsian peninju yang terkenal dengan gelaran Si Helang itu mengundang perhatian umat Islam di laman media sosial dimana kebanyakan turut memberi sokongan sepenuhnya terhadap Khabib.

Terdahulu, lelaki berusia 31 tahun itu sering berbicara tentang hal keagamaan dan Islam malah menjadikan Allah sebagai yang utama dalam hidupnya.

Sumber : CNN Indonesia

Komen & Pendapat

Comments are closed.