Perak Hari Ini

‘Kita Masih Ada Pemain Import…’ – Presiden PAFA

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengesahkan bahawa Skuad The Bos Gaurus akan beraksi dengan pemain-pemain import pada siri saingan musim hadapan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata daripada pemain-pemain import yang ada antara mereka akan dikekalkan selain tidak menolak kemungkinan akan ada kemasukan pemain-pemain baru.

“Saya secara peribadi, pemain import yang ada masa kini sudah mencukupi namun, jika Ketua Jurulatih merasakan perlu ada tambahan pemain untuk menguatkan pasukan kita, saya akan ikut pandangan beliau,” katanya.

Selain itu, Ahmad Faizal menjelaskan bahawa terdapat juga beberapa pemain tempatan yang akan kekal beraksi bersama pasukan kendalian Mehmed Durakovic pada musim akan datang ini.

Mereka antaranya ketua pasukan Shahrul Saad serta J. Parthiban.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa sesebuah pasukan bola sepak mampu menjadi hebat tanpa terlalu bergantung kepada pemain import.

Malah katanya bajet yang besar kepada pemain import sewajarnya disalurkan kepada pembangunan bola sepak tempatan yang mana ia dilihat mampu melahirkan lebih ramai bakat tempatan.

“Saya yakin kita seharusnya tidak perlu terlalu bergantung sepenuhnya kepada pemain import. Walaupun saya percaya ia mampu menguatkan pasukan dalam jangka masa panjang namun, ini adalah cara kehadapan.

“Saya memikirkan setiap pasukan di Malaysia, apabila terlalu ramai pemain import, nanti siapa yang akan bermain untuk negara.

“Jadi, kita tidak dapat mencungkil bakat pemain tempatan yang sebenarnya sama hebat, cuma peluang tidak diberikan sepenuhnya,” ujarnya.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata bagi merancakkan lagi sukan bola sepak Perak, PKNP FC bakal diserap sebagai ‘feeder team’ yang mana ia akan dijadikan sebagai Pasukan Bola Sepak Perak 2.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Masjis Berkhatan Anjuran Bersatu Chepor Dalam/ Kampung Seri Klebang yang melibatkan 30 orang kanak-kanak di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Klebang, dekat sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");