Berita Hari Ini
Like

KPDNHEP siasat harga bawang naik 3 kali ganda di Perlis

December 25, 2019
392 Views
0 Comments
1 minute read
KPDNHEP siasat harga bawang naik 3 kali ganda di Perlis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat punca kenaikan harga bawang India di Perlis sejak bulan Sept lepas.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata siasatan itu meliputi seluruh rantaian bekalan bawang India, dari peringkat pengimport, pembekal, pemborong dan seterusnya peruncit.

“Notis di bawah Seksyen 21 akan dikeluarkan terhadap setiap rantaian bekalan itu bagi mendapatkan maklumat harga kos dan mengesan kenaikan harganya,” katanya dalam kenyataan, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata sekiranya terdapat mana-mana peringkat rantaian didapati mengambil kesempatan semasa berlaku kekurangan bawang India itu dengan mengambil keuntungan yang tidak munasabah, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurut laporan media, sebelum ini harga bagi sekilogram bawang merah adalah RM4, namun bahan itu kini dijual pada harga RM12 sekilogram.

Kenaikan harga didakwa berlaku susulan bekalan bahan itu dikesan menyusut sejak dua bulan lepas.

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.