Berita Hari Ini

KPM Siasat Nyanyi Negaraku Guna Selain Bahasa Melayu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penyebaran video memaparkan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Cina.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum mengenai penyebaran video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke Bahasa Mandarin dan bahasa selain dari bahasa kebangsaan yang sedang tular di media-media sosial.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang juga berlaku di beberapa sekolah lain.

“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Negara Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam video hampir seminit setengah itu, sekumpulan kanak-kanak dirakam menyanyikan lagu menurut melodi lagu Negaraku dalam satu bilik yang dipercayai bilik darjah itu.

Bagaimanapun, lirik lagu yang dilontarkan mereka hanyalah terjemahan daripada lagu Negaraku tanpa dibuat apa-apa perubahan maksud yang ketara.

Video itu dikesan mula tersebar sejak semalam.

Malaysiakini telah menghubungi sekolah yang dikaitkan dengan kontroversi itu dan sedang menunggu maklum balasnya.

Selain itu, Biro Pendidikan Armada Nasional Pemuda Bersatu (Armada) telah membuat laporan laporan berkaitan perkara itu di Putrajaya itu.

Menurut Exco Armada, Mohd Ashraf Mustaqim, berdasarkan penyelidikan Armada, selain daripada bahasa Cina, lagu Negaraku turut dikesan dinyanyikan menggunakan bahasa Arab.

“Jelas kedua nyanyian Negaraku samada dalam Mandarin mahupun Arab adalah salah dan melanggar kedudukan lagu Negaraku, yang diangkat sebagai lagu rasmi Negara atau lagu kebangsaan melalui sendi bahasanya iaitu Bahasa Melayu […]

“[…] Ini negara kita, maruah kita, kebanggaan kita! Bangga dalam acuan jati negara kita Malaysia!” tegasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pergerakan Wira Putra Malaysia turut mengecam video tersebut dengan menyifatkannya sebagai doktrinisasi terhadap murid memetik MKini.

“Wira Putra mengecam guru dan sekolah yang melakukan tindakan yang amat biadab ini. Adakah gubahan lirik ke dalam bahasa Cina ini menjadi keperluan dalam kurikulum pelajar?

“Hinggakan semua pelajar dikehendaki menuruti untuk belajar menyanyi lagu rasmi negara tanpa menggunakan bahasa rasmi kebangsaan?” kata Ketua Penajanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");