Perak Hari Ini

KSM Perkenal Kemahiran Malaysia 2.0, Kemahiran Untuk Semua

IPOH- Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini telah memperkenalkan program ‘Kemahiran Malaysia 2.0: Kemahiran Untuk Semua; Ke Arah Pekerjaan Kolar Baharu’ yang merupakan aspirasi bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berintegriti melalui bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Menterinya M. Kula Segaran berkata, pelancaran Kemahiran Malaysia 2.0 atau lebih dikenali sebagai SkillsMalaysia 2.0 bukanlah bertujuan untuk mewujudkan persaingan, tetapi sebagai platform untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dengan semua Kementerian dan Agensi dalam memperkasakan bidang kemahiran di negara kita.

Katanya, di bawah SkillsMalaysia 2.0, KSM akan memperbanyakkan lagi promosi mengenai TVET melalui program-program outreach di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, terutamanya di kawasan luar bandar seperti di kampung-kampung dan di tanah rancangan Felda.

“Golongan minoriti khususnya komuniti Orang Asli turut diberi peluang dan akses kepada program TVET di mana sehingga ke hari ini, terdapat enam orang pelajar Orang Asli sedang mengikuti kursus kemahiran dalam bidang Teknologi Seramik dan Kursus Computer-Aided Design and Drafting (CADD) Mechanical Technology di ILP Ipoh.

“Selain itu, KSM juga sedang merangka program peningkatan kemahiran jangka pendek bagi komuniti Orang Asli melibatkan penduduk di 27 kampung Orang Asli sekitar Cameron Highlands, dengan sasaran melatih 1,200 orang peserta dalam pelbagai bidang kemahiran bermula tahun 2020.

“Usaha ini bertujuan meningkatkan kemahiran masyarakat Orang Asli agar mampu mengusahakan perkhidmatan dan perniagaan dalam bidang kemahiran bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka. Ini selaras dengan salah satu objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran SkillsMalaysia 2.0.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0: Skilis4All; Towards New Collar Jobs anjuran Kementerian Sumber Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu katanya, KSM turut melantik Yusry KRU, sebagai Ikon TVET KSM ekoran kejayaan beliau selama tiga dekad dalam industri seni dan hiburan, dalam penghasilan lagu, video muzik, dan filem, harus dijadikan inspirasi dalam mempertingkatkan kemahiran.

SkillsMalaysia 2.0 berobjektifkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap TVET dan latihan kemahiran yang boleh memberi peluang kerjaya ke arah mencapai negara maju, sekaligus memperkasakan bidang TVET dan latihan kemahiran serta mewujudkan peluang pekerjaan kolar baru atau, “New Collar Jobs” yang tidak hanya bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi kepada kemahiran atau “skills se?” pekerja.

Tambah beliau, seiring dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, SkillsMalaysia menyasarkan 60% pelajar lepasan SPM untuk menyertai jurusan TVET dan latihan kemahiran bagi mencapai 35% pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga negara.

SkillsMalaysia 2.0 adalah platform untuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian/Agensi TVET yang lain bagi memartabatkan bidang TVET dan latihan kemahiran sebagai jurusan pilihan utama di kalangan masyarakat khususnya generasi muda di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");