Perak Hari Ini

Lagi 12 Mural Bakal Dilukis

TAIPING: Sebanyak 12 lukisan mural sebesar lukisan Amelia Mary Earhart bakal dilukis di bandar Taiping bagi mengabadikan sejarah yang berlaku di Taiping sejak penubuhanya pada 1874.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim berkata, perkara tersebut masih dalam perancangan majlis dimana sebanyak 12 buah lukisan bakal dilukis sekitar bandar Taiping.

“Lukisan pada hari ini adalah lukisan pertama dan akan ada banyak lagi lukisan mural berbentuk sejarah yang akan dipamerkan di dinding-dinding rumah kedai di bandar ini.

“Namun begitu, tidak boleh ada lukisan yang tiada kaitan dengan Taiping sama seperti lukisan Amelia Earhart yang merupakan salah satu sejarah yang ada di Taiping,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pengiktirafan “The Biggest Outdoor 3D Mural Painting” di sini, hari ini.

Menurut Borhan, pihaknya akan mengabadikan lukisan yang akan dibuat dengan tema sejarah di Taiping di mana pihaknya telah mencadangkan untuk membuat lukisan terpanjang pula.

“Berdasarkan cadangan, lukisan terpanjang ini adalah bagi mengabadikan lukisan ahli sukan yang berasal dari Taiping yang mana akan dibuat di dinding penjara Taiping.

“Perkara ini sedang dalam perundingan Jabatan Penjara untuk mendapatkan kebenaran melukis mural dengan keluasan sekitar 2,200 kaki.

“Kita akan menjadikannya lukisan terpanjang dan yang diabadikan adalah penduduk tempatan yang pernah bergiat dalam bidang sukan dan mengharumkan nama Taiping antaranya sukan bolasepak, M Karathu; pelari, Junaidah Aman dan ramai lagi,” katanya.

Katanya, dalam masa tiga tahun pertama, mereka akan menyiapkan sekurang-kurangnya enam lukisan mural iaitu separuh dari perancangan dan tiga tahun kedua akan siap sepenuhnya 12 lukisan.

Tambah beliau, perkara yang unik mengenai lukisan mural di Taiping adalah kesemuanya ditaja oleh pihak swasta dan tidak melibatkan sebarang kos dari pihak MPT.

“Penaja akan memilih lukisan yang mereka minat malahan pelukis juga akan memilih lukisan yang mereka minat untuk dilukis serta mendapat kebenaran dari pemilik kedai yang melibatkan tiga pihak.

“Pihak majlis hanya mempersetujui jenis lukisan sama ada ianya selari dengan sejarah bandar ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");