Berita Hari Ini

Lelaki Tipu Kutip Derma Guna Media Sosial Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki semalam, selepas disyaki terbabit dalam sindiket memungut derma menerusi media sosial.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata lelaki itu dikenali sebagai Saifuddin Nanwi berusia 24 tahun ditahan di kediamannya di Segambut, di sini.

Katanya, turut dirampas satu telefon bimbit dan satu kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai bahan bukti siasatan.

“Polis mendapati Saifuddin menggunakan tiga akaun daripada dua bank bagi mengutip derma dengan menyamar sebagai ahli keluarga bayi dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik.

“Saifuddin yang juga bekerja sebagai penjaga parkir di Menara KPJ di sini, sejak Ogos lalu menggunakan nama Encik Saifuddin di media sosial bagi meminta derma.

“Kita turut memburu dua lagi individu iaitu Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy berusia 22 tahun, dan isterinya, Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah, 20, bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH, hari ini.

Saiful Azly berkata, hasil siasatan mendapati Saifuddin mempunyai rekod jenayah dadah mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

“Kita akan membuat saringan ujian air kencing terhadap suspek terbabit,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");