Panasnya Hari Ini

Lepas Perjumpaan Anwar-Azmin, Pertemuan Berasingan PKR Mungkin Batal

Pertemuan yang dirancang ahli PKR yang memihak kepada timbalan presiden parti itu Azmin Ali di Kuala Lumpur mungkin dibatalkan, kata sumber kepada Malaysiakini.

Ini berikutan pertemuan antara Azmin dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim semalam, di mana konsensus dicapai antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sebelum ini Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Nazree Yunus mengesahkan pertemuan berasingan itu akan diadakan di Hotel Renaissance.

Bagaimanapun kenyataan itu dibuat sebelum pertemuan antara Anwar dan Azmin.

“Selepas mesyuarat (antara Anwar dan Azmin), dan pimpinan tertinggi minta semua tumpu pada kongres di Melaka. Insya Allah kita semua akur,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai mesyuarat di Kuala Lumpur, beliau berkata “Nampaknya tak pasti”.

Semalam, Nazree berkata beliau menjangkakan Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin akan hadir bersama-sama awakil rakyat dan pemimpin sayap parti.

Nazree berkata kemuncak majlis itu pemimpin parti akan berucap mengenai “beberapa pendirian utama”.

“Mungkin ini satu manifestasi dari pimpinan kanan yang terlibat dan juga anggota parti untuk suarakan isu dan pandangan.

“Apapun ini negara demokratik. Terpulang nak sertai mana-mana program,” katanya.

Sementara itu, Nazree menyambut baik amaran Anwar bahawa ahli-ahli yang mengadakan kongres secara berasingan mungkin dipecat.

“Saya melihat ini sebagai peringatan dari presiden, dan nampaknya tidak ada kongres lain, hanya satu di Melaka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");