Berita Hari Ini

Lesap RM187,000 Diperdayakan ‘Pegawai’ SPRM

GEORGETOWN: Seorang pesara wanita menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan Macau Scam di negeri ini membabitkan kerugian RM187,000.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan, berkata pada mulanya, mangsa berusia 56 tahun itu dihubungi seorang lelaki pada jam 9.25 pagi, Rabu lalu, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, ‘pegawai’ berkenaan kemudian menedakwa mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah, namun wanita itu menafikannya.

“Mangsa kemudian disambungkan ke Bukit Aman sebelum seorang `pegawai polis’ dikenali sebagai Asisten Superintendan Fahmi memberitahu mangsa terbabit kes jenayah dinyatakan sebelum itu dan akan ditahan.

“Bagi menyelesaikan kes itu, mangsa perlu mengosongkan semua wang dalam akaun bank miliknya dengan cara memindahkannya ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Anbalagan berkata, mangsa yang termakan dengan helah suspek kemudian memindahkan wang menerusi enam transaksi ke empat buah bank masing-masing berjumlah RM50,000; RM29,700; RM20,100; RM29,000;RM8,200 dan RM50,000, dengan jumlah keseluruhan RM187,000.

Katanya, mangsa diminta untuk membuat beberapa lagi transaksi selepas itu namun, mengesyaki sudah ditipu sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini sering mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket menyamar sebagai pegawai penguatkuasa dan meminta untuk melakukan transaksi pemindahan wang.

Bagaimanapun, masih ramai menjadi mangsa penipuan itu dan diingatkan supaya berhati-hati, termasuk membuat semakan dengan pihak berkuasa atau bank jika mengesyaki sebarang perbuatan mencurigakan atau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");