Perak Hari Ini

Lukisan Mural Terbesar Malaysia Ada Di Taiping

TAIPING: Taiping sekali lagi mencipta nama dengan mencatatkan rekod baru dengan menghasilkan sebuah lukisan mural tiga dimensi terbesar di Malaysia iaitu lukisan Amelia Mary Earhart.

Lukisan mural Amelia Earhart ini menceritakan penerbangan solo wanita pertama merentasi Lautan Atlantik di mana beliau telah singgah untuk mengisi bahan api di Lapangan Terbang Tekkah, Taiping di mana ketika itu ia merupakan lapangan terbang pertama Malaysia pada 20 Jun 1937.

Lukisan mural ini mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai lukisan terbesar dengan ukuran 14.60 m (47 kaki) tinggi dengan kelebaran 27.44m (90 kaki) dengan keseluruhan keluasan 281.07 meter persegi.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Taiping, Borhan Abdul Halim berkata, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Record sebagai The Biggest Outdoor 3D Mural Painting hari ini.

“Lukisan yang diabadikan adalah lukisan juruterbang berbangsa Amerika iaitu Amelia Mary Earhad yang merentasi lautan Atlantik, tetapi sejarah mencatatkan beliau telah hilang di lautan Atlantik.

“Hari ini kita mengabadikan peristiwa ini dengan mempamerkan wajah beliau di dinding bandar Taiping kerana beliau pernah singgah di sini,” katanya kepada pemberita di dalam Majlis Pengiktirafan “The Biggest Outdoor 3D Mural Painting” di sini, hari ini.

Katanya, lukisan berkenaan telah siap pada 31 Ogos yang lalu dan ditambahbaik menjadi lukisan 3D di mana kosnya secara 100 peratus ditaja oleh pihak swasta.

“Oleh kerana ianya satu tajaan, kosnya bergantung kepada persetujuan pelukis dan penaja, tetapi dimaklumkan bahawa kos ini agak tinggi iaitu berjumlah RM280,000 untuk menghasilkan lukisan sedemikian,

“Perkara ini merupakan satu kebangga pihak MPT kerana adanya pihak sokongan pihak swasta dalam melaksanakan perkara sebegini” katanya.

Dalam pada itu, lukisan mural itu juga telah dijayakan oleh enam orang pelukis dengan menggunakan tujuh warna yang berbeza iaitu putih, kelabu, light grey, medium grey, dark grey, hitam dan warna emas di mana cat-cat yang digunakan merupakan cat kalis air dan tahan cuaca.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");