Berita Hari Ini

Mangsa Banjir Di Beaufort Meningkat

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon, Beaufort bertambah setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan, seramai 449 mangsa daripada 160 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding 443 mangsa daripada 157 keluarga malam tadi.

Lebih 20 kampung di Beaufort dan Membakut terjejas akibat banjir yang berlaku sejak Selasa lepas.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Poring dan Kampung Baitam Laut.

Setakat jam 7 pagi tadi, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan 7.01 meter iaitu pada paras normal manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan pada paras amaran iaitu 6.34 meter. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");