Berita Hari Ini

Menu Restauran Ali Kafe Tomyam Seafood Enak, Sedap dan Lazat

“Kedai yang bersih, Makanan yang lazat dan Pekerja yang ramah,” itulah gambaran paling tepat bagi Restauran Ali Kafe Tom Yam Seafood yang terletak di Bangsar.

Lokasi restoran ini yang cukup strategik dikalangan warga Kuala Lumpur menjanjikan kepelbagaian hidangan buat pengunjung.

Terkenal bukan sahaja kerana keenakan dan keaslian masakan Tomyam di sini, malah dekorasi restoran ini juga sangat cantik dan kemas.

Terdapat pelbagai masakan disediakan di restoran ini antaranya masakan Melayu, Cina, Thai dan tidak ketinggalan juga masakan India.

Bagi pelanggan setia restauran ini, Mohd Tarmizi Zainon menganggap apa jua menu di Restauran Ali Kafe tidak pernah sekalipun mengecewakan beliau.

“Saya sudah mula menjadi pelanggan sini dah 20 tahun iaitu sejak saya masih bersekolah lagi, apa yang uniknya disini adalah keramahan pekerja dan pemilik restauran ini menyebabkan saya rasa begitu selesa.

“Faktor makanan itu memang tidak boleh disangkal, kalau tak sedap saya tak datang,” katanya lagi.

Bagi, Rosli Ahmad Zainuddin pula, faktor kebersihan adalah sebab utama beliau menjadikan restauran Ali Kafe Tom Yam Seafood sebagai pilihan utama.

“Satay dia sedap, tomyam juga tak kurang hebat dan yang menjadi kegemaran saya adalah menu goreng-goreng.

“Kita akan rasa tidak selesa apabila tempat yang kita pergi untuk menjamu selera tu kotor, dan sudah tentu tidak akan menjejaki semula ke kedai itu.

“Tapi disini, bermula dari dapur sehingga ke tandas, semuanya bersih. Dan yang lebih penting, terdapat surau dimana ia memudahkan saya untuk menunaikan solat,” katanya.

Rosli menambah, dengan rekaan restoran yang cukup cantik dan unik, ia sememangnya menarik ramai pelanggan untuk bergambar dan selfie.

Bagi pemilik restauran, Mohd Ali Syed Mohamad, resipi penyediaan menu-menu disediakan khas dengan berbekalan resipi keluarga ia kemudiannya diolah mengikut selera warga tempatan.

Bermula dengan berniaga kecil-kecilan dikawasan itu, Mohd Ali kemudian berjaya mengembangkan perniagaannya selama lebih dua puluh tahun.

“Saya sangat mementingkan kelazatan menu-menu disini dan kebersihan kedai, kerana kedua-dua faktor ini penyebab utama untuk mengekalkan pelanggan.

“Bagi yang pernah menjamu selera disini, mereka tahu, layanan kita dan kelazatan menu kita tidak pernah mengecewakan.

Apa yang lebih istimewanya di restauran ini adalah, Mohd Ali sentiasa memberi peluang buat anak-anak muda mendapat pekerjaan tanpa mengira latar belakang.

Terdapat 2 orang dikalangan pekerja disini yang merupakan bekas banduan dan itu bukan penyebab bagi Mohd Ali untuk meminggirkan mereka dari masyarakat.

“Manusia tidak lari dari kesilapan, bagitu juga saya dan mereka. Jadi asalkan mereka boleh bekerja dengan amanah, saya akan melayan mereka umpama keluarga sendiri.

“Dan Alhamudillah, kedua-dua pekerja ini sangat menghormati saya dan mampu bekerja dengan baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bagi Mohd Nor Zailani Adam, peluang pekerjaan yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin.

“Saya rasa restauran ini sangat unik kerana mengamalkan konsep kekeluargaan bukan sahaja dikalangan pekerja malah bersama pelanggan.

“Apabila pelanggan selesa dan gembira, maknanya kami bekerja dengan baik,” katanya lagi.

Restauran Ali Kafe Tomyam Seafood berada di Jalan Pantai Baharu, bangsar dan dibuka setiap bermula jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi.

Bagi yang sudah mula berkeroncong perut setelah terbayangkan makanan enak, lekaslah serbu Restauran Ali Kafe Tomyam Seafood, Bangsar. Selamat menjamu selera!

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");