Berita Hari Ini

Muhammed Yusoff Dipanggil Lagi

KUALA LUMPUR: Muhammed Yusoff Rawther sekali lagi hadir ke Bukit Aman, hari ini, untuk memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau tiba jam 12 tengah hari tadi tanpa ditemani peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya memanggil Muhammed Yusoff bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihaknya akan memaklumkan nanti sekiranya perlu memanggil individu lain untuk memberi keterangan.

Harian Metro semalam melaporkan Muhammed Yusoff memberi keterangan selama tujuh jam di Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Anwar.

Muhammed Yusoff yang memberi keterangan bermula 2 petang diiringi Mohamed Haniff Khatri, sebelum keluar pada 9.15 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");