Perak Hari Ini

PAFA Intai Pemain Vietnam Pula

KAMPAR- Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya kini sedang meninjau pemain dari Vietnam pula bagi mengisi kuota baru.

Katanya, kebolehan pemain tersebut dilihat selepas Vietnam muncul juara Sukan SEA Filipina 2019 menumbangkan Indonesia 3-0 pada perhitungan akhir di Stadium Memorial Rizal pada Selasa.

“Apabila mereka memenangi Sukan Sea, saya lihat mereka boleh tahan.

“Saya beri tahu kepada jurulatih pasukan The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, pergilah tengok.

“Tugas meninjau pemain ni bukan kerja saya tapi Mehmet kerana saya peminat bola sepak sahaja, bukannya pakar bola sepak,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai status pemain import kelahiran Brazil, Guilherme De Paula yang dikatakan sudah memeterai perjanjian untuk bersama pasukan Perak bagi saingan Liga Malaysia 2020 yang berada di dalam senarai naturalisasi.

“Ada laporan media sebelum ni cakap beliau dalam proses naturalisasi, tapi kalau ikutkan tempoh belum cukup lagi, jadi beliau perlu bermain sekurang-kurangnya lima tahun dalam liga Malaysia untuk layak naturalisasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");