Sukan Hari Ini

Panahan Trio Negara Mengena

CLARK: Skuad memanah negara menamatkan penantian emas sulung di Sukan SEA 2019 apabila memenangi acara final compound berpasukan lelaki di Parade Ground, di sini, sebentar tadi.

Diwakili trio Muhammad Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan M Khambeswaran, mereka menewaskan Vietnam 224-216 untuk mempertahankan pingat emas dalam acara itu buat kali ketiga berturut-turut.

Menurut BH Online, kejayaan itu sekurang-kurangnya menyelamatkan maruah kem memanah negara yang bergelut dengan prestasi tidak menjadi dalam temasya edisi ke-30 ini selepas empat hari suram tanpa pingat emas.

Mereka turut berpeluang menambah satu lagi pingat emas pada petang ini menerusi acara terakhir compound individu wanita apabila Fatin Nurfatehah Mat Salleh layak ke final.

Malaysia menguasai sukan memanah sejak dua edisi lalu masing-masing dengan lima pingat emas pada edisi 2015 Singapura dan 2017 Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");