Panasnya Hari Ini
Like

PAS Sahkan Hadi Akan Hadir Perhimpunan Agung Umno

December 1, 2019
484 Views
0 Comments
1 minute read
PAS Sahkan Hadi Akan Hadir Perhimpunan Agung Umno

PAS hari ini mengesahkan presidennya Abdul Hadi Awang akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno yang dijadual berlangsung pada 6 Dis ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, pemimpin tertinggi PAS serta pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS negeri juga akan hadir perhimpunan tersebut yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.

“PAS amat yakin kebersamaan PAS dengan Umno dan BN dalam segala program serta tindakan akan mengukuhkan lagi persefahaman dan gerak kerja dalam Muafakat Nasional menuju ke arah kesejahteraan dan kepentingan negara,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi tidak dapat menghadiri perhimpunan agung Umno tahun lepas atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, PAS diwakili oleh Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin lainnya.

Di pihak Umno pula, Presidennya Ahmad Zahid Zahid Hamidi antara pemimpin parti Melayu itu yang hadir muktamar PAS pada September.

Ia berlaku dua minggu sebelum mereka menandatangani kerjasama yang digelar sebagai Muafakat Nasional.

Komen & Pendapat

Comments are closed.