Berita Hari Ini

Penduduk Luar Bandar Tak Hirau Larangan Merokok, Kata Pengusaha Restoran

PETALING JAYA: Kumpulan pemilik restoran mempersoalkan sama ada kerajaan boleh menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam di kawasan luar bandar bermula 1 Jan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), T Muthusamy berkata penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar tidak menyedari larangan merokok, tidak seperti mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Apabila anda keluar dari kawasan bandar, masih terdapat pelanggan merokok di restoran walaupun papan tanda ‘dilarang merokok’ dipasang. Saya faham tidak mudah bagi sesetengah daripada mereka berhenti merokok.

“Apabila penguatkuasaan bermula minggu depan, ini boleh menyebabkan ketidakpuasan dalam kalangan perokok yang terpaksa membayar denda,” katanya.

Muthusamy berkata sebagai pemilik restoran, beliau mempunyai keraguan mengenai dasar itu, yang berusaha mengurangkan jumlah perokok.

“Akhirnya, kita perlu mematuhi peraturan ini. Tetapi saya berharap kerajaan menjalankan tugas mereka untuk mengurangkan bilangan perokok yang semakin meningkat, dan juga membendung penjualan rokok haram.”

Sementara itu, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Ho Su Mong berkata penguatkuasaan larangan merokok oleh kementerian kesihatan tidak cukup untuk mengurangkan jumlah perokok.

“Mengenakan denda terhadap perokok tidak akan berjaya membuat orang berhenti merokok.”

Larangan merokok akan dikuatkuasakan pada 1 Jan di mana mereka yang didapati merokok di kawasan larangan akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala restoran yang didapati tidak menguatkuasakan larangan itu akan dikenakan denda RM2,500.

Perokok hanya boleh merokok di luar premis atau sejauh 3 meter dari dari kawasan premis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");