Sukan Hari Ini

Penerjun Negara Cemerlang Raih Penamat 1-2

CLARK: Malaysia unggul meraih penamat 1-2 dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita menerusi Wendy Ng dan Jasmine Lai di Pusat Akuatik New Clark City, sebentar tadi.

Wendy meraih pingat emas apabila mencatat 298.90 mata selepas lima pusingan manakala Jasmine Lai memenangi perak dengan catatan 192.75 mata.

Emas yang diraih Wendy itu adalah emas ke-24 kontinjen negara pada temasya dwitahunan itu dan yang pertama dari gelanggang terjun yang membuka tirainya, hari ini.

Peserta Vietnam, Ngo Phuong Mai meraih gangsa dengan catatan 185.25 mata.

Wendy meraih emas menerusi acara sama pada 2017 di Kuala Lumpur namun dia gagal ujian doping sekali gus menyaksikannya digantung lapan bulan memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");