Perak Hari Ini

Peningkatan Rizab Tunai Perak Disebabkan Kutipan Tunggakan Premium Tanah Kerajaan Persekutuan

IPOH: Peningkatan rizab tunai Kerajaan Perak seperti yang diumunkan baru-baru adalah disebabkan pembayaran dan kutipan tunggakan premium tanah daripada kerajaan persekutuan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara tersebut juga hasil usaha kerajaan negeri menjaga hubungan baik dan kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Ujar beliau, pendekatan yang dibuat kerajaan negeri menerusi komitmen barisan Exco Kerajaan Negeri serta penjawat awam telah memudahkan urusan perolehan tunggakan hasil mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kita menjalani usaha gigih untuk mendapatkan pembayaran-pembayaran premium terutama sekai daripada kerajaan persekutuan. Kami bersyukur kerana ia dibuat dalam tempoh masanya.

“Ini telah menyebabkan risab tunai kita meningkat begitu tinggi.

“Jumlah tunggakkan berbeza-beza mengikut satu kementerian dengan kementerian yang lain. Tetapi sebagai contoh, sesuatu kementerian itu perlu membayar RM80 juta dan ia bersamaan dengan 0.8 peratus daripda bajet kerajaan. Ia sangat singnifikan kepada negeri seperti Perak ini,” katanya.

Pada Pembentangan Belanjawan Perak baru-baru ini, Ahmad Faizal mengumumkan sehingga 31 Oktober tahun ini, rizab dan tunai negeri telah mencecah RM1.419 bilion yang mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 31.8 peratus berbanding pada Disember tahun.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Ahmad Faizal menjelaskan bahawa hasil bukan cukai kerajaan yang dikutip melalui pusat-pusat hiburan, snuker dan premis menjual minuman keras bukan dibuat kerana jumlah premis yang bertambah.

Jelas beliau sebaliknya, Kerajaan Perak mengambil pendekatan bagi memastikan premis-premis tersebut yang sedia sebelum ini beroperasi dengan mempunyai lesen yang sah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Berkhatan Anjuran Bersatu Chepor Dalam/ Kampung Seri Klebang di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Klebang di sini, hari ini.

 

Majlis tersebut melibatkan seramai 30 orang kanak-kanak yang terdiri daripada warga setempat

Pada masa sama, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun turut meluangkan masa merasmikan Majlis Berkhatan di Masjid Jamek Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, di sini, yang mana ia melibatkan seramai 70 orang peserta kanak-kanak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");