Berita Hari Ini

Peragaan Separuh Bogel Ekspo Tattoo Bukan Anjuran MOTAC

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut.

“Expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan semenjak ia mula diadakan pada 2015 seperti di Kota Kinabalu, Sabah, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamer ke khalayak ramai.

“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi telah melanggar ketatasusilaan.

“Saya telah mengarahkan agensi MOTAC, MyCeB untuk menyiasat perkara ini.

” Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini.

“Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohamaddin, sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Kita menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan.” katanya.

Tatto Malaysia Expo 2019 berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember 2019.

Penganjuran tersebut telah berjaya menghimpunkan peserta dari 35 buah negara berbanding penganjuran pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang diadakan di Sabah sebelum ini.

MyCeB dalam kenyataan awal menyebut sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.

Pada Ahad tular di media sosial gambar beserta visual peragaan separuh bogel dalam salah satu acara yang dianjurkan pada expo tersebut.

Sementara itu, menurut maklumat terkini, pihak penganjur telah dipanggil PDRM untuk memberi keterangan pagi ini. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");