Perak Hari Ini

PERKEP Laksana Program CSR Bantu Anak Yatim PDRM

IPOH- Pihak PERKEP dengan kerjasama Mydin Hypermarket Meru Raya telah mengadakan Program Jalinan Kasih PDRM Perak dan PERKEP Kontinjen Perak Bersama Anak-anak PDRM Perak bagi memberikan bantuan dari segi kelengkapan sekolah.

Pengerusi PERKAP, Datin Zainah Othman berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim PDRM dan anak-anak PDRM yang bakal memasuki sesi persekolah 2020 akan datang.


“Program pada hari ini telah melibatkan seramai 37 orang anak-anak yatim PDRM Perak dan 35 orang anak-anak PDRM Perak yang akan memasuki sesi persekolahan 2020 berusia dari 6 tahun hingga 12 tahun.

“Sementara itu, bagi penerima cermin mata pula, seramai 27 anak-anak yang terlibat di mana mereka mendapat sumbangan dari segi cermin mata secara percuma dari pihak MU Optik,” katanya kepada pemberita semasa program berlangsung di Mydin Meru, hari ini.

Menurut Zainah, anak-anak yatim tersebut dibekalkan dengan sepasang uniform sekolah termasuk kasut sekolah dan stoking serta beg sekolah.


“Program hari ini turut dimeriahkan dengan kerjasama dari Marrybrown Meru di mana turut memberikan diskaun harga kepada anak-anak PDRM sejurus majlis selesai,” katanya.

Turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain yang mana beliau turut meluangkan masa menyampaikan peralatan tersebut.

Tambah beliau, anak-anak tersebut dipilih dari seluruh negeri Perak yang meliputi semua daerah di negeri ini seperti termasuk Gerik, Kuala Kangsar, Taiping dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");