Perak Hari Ini

Pertukaran Setiausaha Negeri Perak Keputusan JPA- Menteri Besar

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak terlibat secara terus mengenai pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainal Azman Abu Seman ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya.

Katanya, perkara tersebut adalah keputusan dari pihak JPA tanpa melibatkan kerajaan negeri memandangkan tugas beliau tidak membabitkan jabatan berkenaan.

“Persoalan mengenai pertukaran tersebut perlu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

“Saya selaku Menteri Besar perlu menjaga negeri dan bukan berada di Perkhidmatan Awam,” katanya kepada pemberita ringkas.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0: Skilis4All; Towards New Collar Jobs anjuran Kementerian Sumber Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Terdahulu, Zainal Azman turut mengesahkan bahawa beliau akan ditukarkan ke Jawatan Penempatan Khas di JPA, Putrajaya mulai Isnin.

“Betul apa yang terkandung dalam surat itu. Saya akan mula bertugas mengikut apa yang diarahkan seperti di dalam surat tersebut,” katanya tanpa menyatakan lebih terperinci mengenai sebab pertukaran itu.

Zainal Azman memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sejak 18 Okt tahun lepas, menggantikan Datuk Mohd Ghazali Jalal yang bersara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");