Perak Hari Ini

Pesara Tentera Antara Peserta Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Perak

IPOH- Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Perak 2019 telah membuka tirainya pada hari ini di mana kira-kira 100 orang peserta termasuk pesara tentera berusia 60 tahun akan mengambil bahagian dalam membuat terjunan.

Kejohanan tersebut dijangka berlansung selama sembilan hari bermula hari ini dimana pada esok hari merupakan latihan terjunan buat peserta dan kejohanan secara rasmi akan bermula pada Isnin, 16 Disember sehingga 22 Desember.

Komander Unit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PDRM), Senior Asisten Komisoner Abdul Razak Mohd Yusof berkata, kejohanan peringkat antarabangsa tersebut julung kali diadakan di negeri ini sebagai salah satu sumbangan Pasukan Gerakan Khas yang menyambut usia emas pada 23 Oktober lalu.

Katanya, sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan semasa kejohanan iaitu Accuracy Landing (ketepatan), Canopy Formation (kerjasama payung diudara) dan Formation Skydiving (formasi terjunan bebas).

“Kita bercandang untuk mempopularkan sukan payung terjung sejak unit 69 Komandor ini menempa nama dalam sukan ini, disamping menjadi juara dalam pasukan payung terjun peringkat kebangsaan melalui tiga kategori yang dipertandingkan sejak tahun 1967 sehingga pertandingan yang berlangsung baru-baru ini di Kuantan, Pahang.

“Kita bakal mengendalikan tiga pertandingan yang sama walaubagaimanpun kejohanan ini diuar-uarkan agak lewat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun begitu menurut beliau, pihaknya telah mendapat maklumbalas dari pihak luar negara di mana lebih dari 40 penerjun dari luar negara termasuk sembilan wanita yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang dikendalikan tersebut antaranya dari Indonesia, Korea dan Australia malahan, ada juga yang ingin turut serta di saat akhir.

“Peserta yang terlibat kira-kira 100 orang peserta termasuk 40 orang penerjun dari dalam negara yang terdiri daripada kumpulan PASKAL, PASKAU, angkatan tentera serta orang awam.

“Peserta yang terlibat berusia dalam lingkungan 20-an dan ada yang berusia berusia 60 tahun iaitu seorang pesara tentera.

“Kita harap dengan adanya pertandingan seperti ini, dapatlah menjadikan ia sebagai penanda aras bagi pertadingan yang lebih besar dengan penyertaan dari banyak negara pada tahun akan datang untuk menarik pelancong lebih ramai ke negeri Perak,” katanya.

Kejohanan anjuran Unit 69 Komandor bersama kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan tersebut menawarkan hadiah berupa wang tunai sehingga RM30,000.

Menurut beliau, sepanjang pertandingan, aspek keselamatan turut diberi tumpuan dengan adanya pegawai teknikal seramai 30 daripada 69 Komando dan 30 sukarelawan bertugas sepanjang kejohanan itu.

Sementara itu, menurut seorang peserta tempatan mewakali orang awam, Mohd Nor Feirkhan Razali, 42, beliau berkata, beliau minat menyertai sukan payung terjun sejak kecil atas dorongan bapanya, Razali Isa, 67, yang juga salah seorang 10 jurulatih pertama dalam VAT69.

Katanya, walaupun mengakui agak sukar untuk memenangi sebarang pingat pada kejohanan itu disebabkan kekangan ketidakcukupan latihan seperti anggota tentera, dia tetap berkesempatan melakukan persiapan termasuk 30 terjunan.

“Saya mula menyertai sukan ini sejak 2014 dan pernah menyertai pertandingan yang serupa di Indonesia dan China namun belum pernah memenangi mana-mana pertandingan sebelum ini,” katanya.

Peserta lain dari Australia, Jason Colless, 40, berkata ini kali pertama dia bertanding di Malaysia selepas menyertai beberapa pertandingan termasuk di Manado, Indonesia pada 2016 dan 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");