Berita Hari Ini

Polis Buru Lelaki Pecah Tabung Masjid Di Kuala Kangsar

IPOH — Polis sedang menjejaki seorang suspek kes pecah dan mencuri wang dari empat tabung derma Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, di Kuala Kangsar, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata pengadu iaitu setiausaha masjid berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kuala Kangsar pada pukul 2.55 petang, pada Khamis.

“Pengadu menerima panggilan telefon daripada siak masjid yang memaklumkan wang tabung di ruang solat wanita masjid itu telah hilang kira-kira pukul 7.30 malam pada 18 Disember.

“Pengadu telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada keesokan harinya dan mendapati seorang lelaki telah mencuri wang dari empat tabung masjid dengan anggaran kerugian sebanyak RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, rakaman CCTV menunjukkan suspek dari arah pekan Kuala Kangsar pergi ke masjid itu dengan menaiki sebuah motosikal berwarna biru.

Razali berkata suspek memasuki ruang utama masjid melalui pintu yang tidak berkunci di bahagian tempat mengambil air sembahyang.

“Kemudian suspek masuk ke ruang solat utama sebelum mengambil wang dalam tabung derma di ruang solat wanita dengan merenggangkan tabung.

”Manakala tiga tabung lain suspek telah menggunakan alat untuk pancing duit derma dalam tabung tersebut,” katanya sambil menambah kali terakhir wang derma tabung masjid dikutip adalah pada 13 Disember lepas.

Razali berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");