Berita Hari Ini

Polis Tahan Pemandu Myvi biru

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi bagi membantu siasatan susulan tular rakaman video kenderaan yang dinaikinya melanggar empat kenderaan lain di Jalan Pudu, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian 4.50 petang itu, saksi seorang penghantar makanan yang telah merakam video mendakwa pemandu kereta Perodua Myvi itu telah menolak keluar mangsa seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) daripada pintu depan kiri kenderaan berkenaan.

“Selepas itu, saksi mengejar pemandu berusia 25 tahun untuk mengarahkan memberhentikan kenderaan, namun dia terus melarikan diri,” katanya melalui kenyataan media, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kereta yang dinaiki lelaki itu telah melanggar beberapa kereta di sepanjang Jalan Pudu.

“Lelaki berkenaan kemudian telah di tahan oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada jam 5.20 petang.

“Kita kemudian telah membawa lelaki tersebut ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan,” katanya.

Zulkefly memaklumkan pihak IPD Dang Wangi sedang menjalankan siasatan lanjut tentang kejadian sebenar OKU berkenaan di tolak daripada kereta tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");