Berita Hari Ini

‘Power Bank’ Meletup, Kereta Nyaris Terbakar

KERETA nyaris terbakar apabila pengecas mudah alih (power bank) yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang hadapan ketika cuaca panas, meletup secara tiba-tiba dalam kejadian dia Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam, semalam.

Menurut Harian Metro, kejadian 3.15 petang itu disedari orang ramai yang berurusan di pejabat berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di kawasan parkir berada dalam keadaan berkunci ketika pihaknya tiba bagi memadamkan api.

“Kita menerima panggilan kecemasan 3.20 petang dan tiba dalam masa kurang 10 minit.

“Sebaik tiba, anggota mendapati pemilik kereta tiada di lokasi dan kenderaan itu berada dalam keadaan berkunci.

“Anggota kemudian bertindak memecahkan tingkap pemandu bagi kerja pemadaman,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya 3.55 petang.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meninggalkan barangan elektronik seperti power bank, komputer riba dan sebagainya di dalam kereta dalam cuaca panas berikutan ia mampu mengundang risiko kebakaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");