Perak Hari Ini

PTPTN Sedia Pertimbang Segala Cadangan Dari Semua Pihak

IPOH- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia menerima serta mempertimbangkan segala cadangan bagi menghapuskan atau memberi potongan berkaitan tabung pinjaman tersebut.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata dari segi liabiliti, tanggungan PTPTN agak besar bagaimanapun cadangan dari semua pihak termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan sangat di alu-alukan.

Bagaimanapun katanya, walaupun cadangan berkenaan diterima namun keputusan hanya boleh oleh pihak perbadanan bersama-sama kabinet, Kementerian Kewangan atau Pendidikan dan sebagainya.

“Kita akan pertimbangkan semua cadangan dan apa yang kita lakukan adalah menyalurkan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana keputusan akhirnya akan dibuat oleh KPM dan juga kabinet.

“Walaupun terdapat pelbagai cadangan yang diterima, kita akan terima, kita proses, kita angkat dan kita tunggu keputusan yang sewajarnya daripada pihak atasan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri program Back To School anjuran PTPTN di Laman Seri Ridzuan, hari ini.

Beliau mengulas perkara tersebut ekoran cadangan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir supaya memansuhkan PTPTN kerana dikhuatiri bebanan hutang akan melangkau seperti beban hutang 1MDB di mana berdasarkan unjuran, hutang PTPTN akan meningkat menjadi RM76 bilion dalam masa 20 tahun.

Sementara itu katanya, perkara yang boleh lakukan adalah memastikan kempen penabungan berjalan lancar supaya kebergantungan rakyat kepada hutang dapat dikurangkan.

“Kita cuba untuk mendekatkan rakyat kepada PTPTN ini sebagai agensi yang penting dalam memastikan pembinaan modal insan negara dan itu yang kita lakukan sekarang adalah merakyatkan PTPTN.

“Seperti yang diumumkan baru-baru ini, untung kita meningkat sehingga lebih daripada RM150 juta di mana ianya adalah keuntungan sehingga suku ketiga tahun 2019 di mana saya jangka pada penghujung bulan Disember ini keuntungan kita akan lebih daripada itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");