Perak Hari Ini

Salur Sumbangan RM5,000 Untuk Anak-anak Syria

IPOH: Atas dasar prihatin kepada nasib yang menimpa umat Islam di Syria, ‘Restoran Special Sup (SS) Power Chef Din’ yang beroperasi di Kompleks Silveritage, di sini, tampil menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care).

Penasihat Restoran, Datuk Ishak Mohamed berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada solidariti pihak restoran kepada masyarakat di negara tersebut yang sedang menghadapi musibah kesan daripada peperangan.

“Selain untuk memperkenalkan lagi perniagaan kepada umum, pihak restoran juga berasa terpanggil bagi menginfakkan sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh untuk disalurkan kepada umat Islam di sana.

“Kita memberi sumbangan menerusi organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam dan kami memilih Muslim Care.

“Ini kerana kita lihat NGO ini telah banyak memberi khidmat yang baik kepada warga Syria khususnya yang sedang diuji Allah masa kini,” katanya.

Tambahnya lagi, usaha murni sedemikian akan tetap diteruskan pada masa akan datang selain pada masa sama, mempergiatkan promosi perniagaan Restoran SS Power Chef Din kepada warga Ipoh dan Perak secara amnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pendidikan Anak-anak Syria di Restoran SS Power Chef Din dekat Kompleks Silveritage, di sini, malam tadi.

Selain itu, majlis tersebut beliau turut mengumumkan bantuan tambahan RM6,000 kepada Muslim Care yang akan disalurkan dalam masa terdekat.

Pada masa sama, Bendahari Muslim Care, Ahmad Shukri Ismail mengucapkan penghargaan kepada pihak restoran atas keprihatinan dan sumbangan terhadap anak-anak di Syria.

“Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan untuk misi khas kami di Syria yang mana selama ini kita telah banyak mengadakan misi bantuan di sana. Antaranya membuka sekolah di sempadan Turki-Syria.

“Pada pertengahan Januari nanti, kita memang akan ke situ bagi memberi bantuan kepada rakyat di Syria. Kita memang sedang berkempen untuk misi bantuan itu yang mana kita menyasarkan kutipan bantuan sebanyak RM1 juta.

“Dan hari ini, apabila Restoran SS Power menghulurkan bantuan dana mereka, kita sangat berterima kasih dan bersyukur,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru lebih ramai pihak lain untuk turut tampil menghulurkan bantuan bagi membela nasib umat Islam di Syria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");