Perak Hari Ini
Like

Sambutan Malam Krismas Di Stadium Indera Mulia

December 2, 2019
220 Views
0 Comments
1 minute read
Sambutan Malam Krismas Di Stadium Indera Mulia

IPOH- Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Perak bakal mengadakan sambutan Malam Krismas Negeri Perak pada 21 Disember ini di Stadium Indera Mulia.

Pengarahnya, Teoh Hui Yng berkata sambutan pada kali ini merupakan satu sambutan yang diadakan secara besar-besaran disamping untuk membawa rakyat di negeri ini merayakan Krismas bersama-sama.

“Malam Krismas negeri Perak pada tahun ini adalah sambutan secara besar-besaran dimana pihak kami menganggarkan bahawa seramai 3,000 orang akan menghadiri, malahan kami turut menyediakan cenderahati sebanyak 3,000 kepada pengunjung awal.

“Dalam pada itu, seramai 400 orang akan mengambil bahagian semasa program berlangsung di mana kesemuanya mewakili pelbagai gereja dan dari pelbagai bahasa linguistik serta budaya seperti Gereja Orang Asli, Gereja Tamil, Gereja Cina, dan Gereja Inggeris,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Katanya, pihak jabatan turut mengalu-alukan penyertaan dari semua lapisan masyarakat, agama serta kumpulan etnik bagi mempromosikan keharmonian dan persefahaman di antara masyarakat ini.

“Antara aktiviti yang bakal dijalankan pada malam Krismas termasuk koir, rendition handbell, saxophone, whistling daun, drama hari Natal, lagu serta tarian.

“Menteri Besar serta barisan Exco turut diundang bagi memeriahkan malam sambutan,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.