Perak Hari Ini

Santuni Golongan B40 Melalui Pembelajaran Semai Nilai Murni Pelajar

IPOH- Seramai 25 orang pelajar Kolej Antarabangsa TAJ menyantuni golongan B40 iaitu anak-anak nelayan melalui Program Khidmat Masyarakat di Teluk Senangin, Lumut pada 1 Disember yang lalu.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti pembelajaran melalui kurus MPU4 iaitu Khidmat Masyarakat di mana para pelajar perlu menjalankan satu program berbentuk kemasyarakatan disamping melakukan aktiviti cintakan alam sekitar iaitu pembersihan pantai.

Pensyarah kursus berkenaan, Sutharssan, berkata kurus itu wajib diambil oleh semua pelajar di kolej bagi tujuan penerapan nilai nilai kemanusian, kebajikan, empati, kritis dan sebagainya.

Sementara itu, aktiviti membersih dan mengutip sampah di persisiran pantai turut membawa nilai-nilai murni sekaligus dapat menyemai semangat kerjasama bergotong royong dan mengeratkan hubungan sesama pelajar bersama komuniti setempat.

Objektif program ini adalah untuk menunjukkan kecaknaan terhadap perkhidmatan kepada komuniti disamping mengeratkan hubungan sillaturrahaim antara peserta malahan, dapt memberi kesedaran kepada peserta dan penduduk tentang kepentingan kebersihan pantai dan keindahan alam semulajadi.

Pelbagai program lain telah dianjurkan termasuklah zumba, terapi melukis, aktiviti sukan bersama anak-anak nelayan dan pembahagian hadiah serta menyantuni golongan B40 di kawasan setempat.

Selain itu, program ini merupakan kerjasama para pelajar dan pensyarah dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung, MYDIN, HAS TIC, DECE TIC dan Thamby Construction.

Harapan para pelajar adalah dapat mencapai matlamat program iaitu menyantuni golongan berkenaan disamping dapat membersihkan kawasan pantai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");