Panasnya Hari Ini

Saya Sedia Beri Keterangan – Anwar

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan membabitkan dakwaan seorang individu dikenali Muhammed Yusoff Rawther.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, merujuk kepada fitnah baharu terhadapnya, beliau berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan tersebut.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Polis hari ini memaklumkan akan memanggil Anwar untuk diambil keterangan susulan dakwaan Muhammed Yusoff bahawa dirinya dicabul.

Semalam, Muhammad Yusoff hadir buat kali kedua di Ibu Pejabat Bukit Aman.

Pada Sabtu lalu, lelaki itu telah membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul supaya polis menyiasat dakwaan berhubung kes cabul terhadap dirinya selain mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");