Perak Hari Ini

‘Selamat Datang De Paula Ke Perak’

IPOH: Bekas pemain skuad Bola Sepak Kuala Lumpur, Guilherme De Paula sah mengisi kuota pemain import bagi skuad The Bos Gaurus pada musim hadapan.

Menerusi satu posting di laman Facebook Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ia disahkan selepas penyerang kelahiran Brazil itu selesai menandatangani kontrak dalam satu pertemuan bersama Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) baru-baru ini.

Dalam posting yang dimuat naik hari ini ia turut disertakan gambar Ahmad Faizal bersama-sama pemain berusia 33 tahun itu.

“Teka-teki mengenai kuota pemain import The Bos Gaurus untuk musim depan akhirnya terjawab. Penyerang kelahiran Brazil ini telah menandatangani kontrak untuk menyertai skuad The Bos Gaurus baru-baru ini, dalam pertemuan dengan MB Peja yang juga Presiden PAFA.

“De Paula menjadi watak penting membantu skuad The City Boys untuk muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 dengan meledakkan 27 gol.

“Semoga kehadiran De Paula akan menambah bisa jentera serangan The Bos Gaurus!,” tulis posting tersebut.

Dilaporkan kontrak De Paula bersama Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) telah berakhir pada November lalu

Pada awal bulan ini, Ahmad Faizal memaklumkan bahawa skuad Bola Sepak Perak akan mengikat pemain import baru selain mengekalkan dua pemain import sedia ada bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Menurutnya, antara pemain import yang dikekalkan adalah pemain tengah, Leandro Da Silva selain beberapa pemain tempatan yang ditawarkan lanjutan kontrak termasuklah kapten pasukan, Shahrul Saad dan J Partiban.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");