Berita Hari Ini

‘Serah Kuasa PM Selepas APEC 2020’

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kuala Lumpur yang bakal berlangsung November tahun depan.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam wawancara bersama Reuters, Dr Mahathir berkata, penyerahan kuasa kepada penggantinya itu akan dilaksanakan meskipun berlaku dakwaan salah laku terbaharu membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya tetapi saya rasa perubahan segera sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka tetapi saya akan kotakan janji saya.

“Tidak kira apa tuduhannya, saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada peralihan kuasa itu berlaku pada Disember 2020, Perdana Menteri meminta supaya tunggu dan lihat bila tiba masanya.

Berdasarkan perjanjian dalam Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr Mahathir memberitahu akan melantik Anwar sebagai penggantinya dan perkara itu sering diulang beliau dalam mana-mana sidang akhbar sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");