Berita Hari Ini
Like

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Ditukar Ke JPA Putrajaya

December 2, 2019
374 Views
0 Comments
1 minute read
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Ditukar Ke JPA Putrajaya

IPOH – Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Zainal Azman Abu Seman mengesahkan beliau ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya mulai semalam.

Zainal Azman ketika dihubungi Bernama berkata beliau menerima surat arahan pertukaran ke Jawatan Penempatan Khas di JPA itu pada Jumaat lepas.

“Betul apa yang terkandung dalam surat itu. Saya akan mula bertugas mengikut apa yang diarahkan seperti di dalam surat tersebut,” katanya tanpa menyatakan lebih terperinci mengenai sebab pertukaran itu.

Zainal Azman memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sejak 18 Okt tahun lepas, menggantikan Datuk Mohd Ghazali Jalal yang bersara.

Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perlaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun.

Pada 10 Nov lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenaan menganugerahkan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Zainal Azman sempena Hari Keputeraan Ke-63 baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat

Comments are closed.