Sukan Hari Ini

Skuad Boling Padang Lakar Kejayaan Cemerlang

Skuad boling padang negara menamatkan kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan kejayaan gemilang selepas mencatat empat pingat emas dan dua gangsa dalam acara berkenaan yang melabuhkan tirai di CDC Lot of Friendship Gate New Clark City di sini hari ini.

Pada aksi terakhir acara berkenaan, Malaysia berjaya menambah satu pingat emas dan satu pingat gangsa, masing-masing menerusi acara men’s fours dan women’s triples.

Emas tunggal negara disumbangkan menerusi gandingan Muhammad Idham Amin, Daeng Dhadyry Dahasry, Zulhilmie Redzuan dan Fairul Izwan Abd Muin yang mencatat kemenangan selesa 24-6 ke atas Brunei selepas 13 ends.

Trio wanita negara yang dibarisi Auni Fathiah Kamis, Zuraini Khalid dan Azlina Arshad pula menyumbang pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Brunei menerusi kemenangan 17-15 pada aksi penentuan pingat gangsa yang melibatkan 17 ends, manakala pingat emas diraih Singapura yang mengatasi Filipina dengan keputusan 16-13 pada aksi final.

Sebagai rekod, Malaysia sebelum ini meraih tiga emas dalam acara men’s triples, women’s pairs dan women’s fours, selain satu gangsa dalam acara men’s pairs. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");