Berita Hari Ini

SPRM Buka Kes Lama ‘Mungkin Berkait Orang Berpengaruh’

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula fail lama yang mungkin ada kaitan dengan orang berpengaruh, kata ketua pesuruhjayanya, Latheefa Koya.

Katanya, rakyat mahu kes berkaitan Sarawak atau pembunuhan bekas pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock dibuka semula.

“Begitu banyak fail. Saya dimaklumkan ada yang sudah ditutup.

“Saya tidak pasti kenapa fail ini ditutup sedangkan mereka beritahu saya masih ada kes,” katanya selepas menghadiri sebuah forum anjuran Transparency International Malaysia dan Inisiatif Pembaharuan Malaysia (MARI) hari ini.

Latheefa berkata, beliau perlu menangani “fail lama” itu kerana menerima memorandum menyatakan masih ada kes dan ia “mungkin ada kaitan dengan orang yang sangat berpengaruh”.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kes terbabit.

Katanya, beliau tidak mengambil tindakan terhadap pegawainya kerana perlu tahu alasan fail itu ditutup terlebih dahulu lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");