Membawang Hari Ini
Like

“Tak Berhijab Tapi Jual Tudung, Saya Malu”

December 27, 2019
431 Views
0 Comments
1 minute read
“Tak Berhijab Tapi Jual Tudung, Saya Malu”

Hampir dua tahun membuat keputusan untuk berhijab, namun ramai tidak tahu pelakon Fouziah Gous sebenarnya pernah menjalankan perniagaan jual tudung secara online tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, Fouziah memberitahu ketika itu dia tidak mengaku tudung tersebut adalah jenamanya sendiri kerana malu dirinya tidak berhijab.

“7 tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi tak mengaku brand sendiri. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tapi jual tudung.

Ujarnya lagi, apabila dia sudah berhijab ada banyak permintaan daripada peminat yang memintanya untuk menjual tudung kembali. Namun, Fouziah berkata dia belum terfikir untuk lagi untuk kembali dengan perniagaan tersebut.

“Sekarang dah berhijab , ramai pula duk minta jual tudung. Bukan bukan ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi.” katanya lagi.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu yang langsung tidak berubah sejak dulu lagi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.