Berita Hari Ini

Tambak Johor Sesak Teruk

JOHOR BAHRU: Laluan keluar dan masuk ke Singapura di Tambak Johor dari sini sesak teruk hari ini berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti Krismas dan tahun baharu.

Menurut BH Online, laluan dari Singapura ke bandar raya ini mengalami kesesakan teruk dengan sebahagian besar pengguna adalah rakyat Singapura yang bercuti dan membeli-belah di negara ini.

Ia berikutan cuti panjang Krismas dan Tahun Baru di republik itu.

Warga Singapura, Haryanti Samian, 36, berkata kesesakan luar biasa terutama untuk melepasi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) berlaku setiap kali musim perayaan.

“Kami sekeluarga sudah merancang untuk bersantai di Johor Bahru sebelum ke Melaka dan Kuala Lumpur sejak awal tahun lalu lagi.

“Cadangannya mahu bergerak lepas Subuh tadi namun terlambat pula sehingga terpaksalah menghadapi kesesakan di Tambak Johor.

“Jika hari biasa kami mungkin mengambil masa 35 minit hingga sejam untuk melepasi CIQ, namun tadi hampir dua jam setengah barulah lepas masuk ke Johor Bahru, itu pun sudah bersyukur sangat kerana jiran saya terperangkap hampir empat jam semalam, ” katanya kepada BH.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Singapura, Madelyn Oii, 28, berkata, kesesakan teruk di Tambak Johor sudah menjadi kebiasaan kepada warga republik itu yang mahu memasuki negara berkenaan setiap kali musim perayaan mahu pun hujung minggu.

“Mahu tidak mahu inilah yang kami perlu hadapi jika mahu bercuti sementara di Malaysia setiap kali tiba musim perayaan.

“Walaupun agak memenatkan, ia akan hilang sebaik sahaja kami lepasi kesesakan di Tambak Johor.

“Tiada tempat lagi kami boleh tuju dengan mudah dan murah jika mahu bercuti dan menenangkan diri selain dari Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");