Sukan Hari Ini
Like

Tebus Detik Hitam

December 7, 2019
376 Views
0 Comments
1 minute read
Tebus Detik Hitam

WENDY Ng Yan Yee mengakui pingat emas yang dimenangi menerusi acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita semalam menebus detik hitam dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Menurut Harian Metro, penerjun negara itu gagal ujian doping sehingga dilucutkan dua emas yang diraihnya dalam acara 3m papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama.

Dia kemudian dikenakan penggantungan selama lapan bulan atas kesalahan menggunakan bahan terlarang jenis sibutramine.

“Walaupun terjunan yang dilakukan hari ini (semalam) bukanlah yang terbaik, saya rasa amat bersyukur dapat beraksi menerusi acara ini semula.

“Sudah tentu emas yang saya peroleh pada kali ini jauh berbeza berbanding dua tahun lalu,” katanya.

Wendy unggul apabila mencatat 298.90 mata selepas lima pusingan manakala seorang lagi penerjun negara, Jasmine Lai meraih perak dengan catatan 241.95 mata.

Peserta Vietnam, Ngo Phuong Mai meraih gangsa dengan catatan 241.25 mata.

“Saya hanya memikirkan mengenai diri saya dan tidak ambil kisah mengenai pesaing lain.

“Bagi saya yang lebih penting adalah untuk terus fokus meraih apa yang saya mahukan,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.