Sukan Hari Ini

Teruskan Prestasi Cemerlang – Klopp

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan juara Eropah itu harus memanfaatkan prestasi ‘cemerlang’ pada 2019 dan mengubah kelebihan 13 mata di puncak liga kepada kejuaraan pertama Liga Perdana dalam tempoh 30 tahun.

Skuad kendalian Klopp tidak berada di prestasi terbaik dan memerlukan dua keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk meneruskan pemburuan trofi elit itu dengan kemenangan 1-0 ke atas Wolves, awal pagi tadi, lapor BH Online.

Liverpool kini sudah menang 18 daripada 19 perlawanan Liga Perdana musim ini dan hanya tewas sekali dalam semua kejohanan selain menenangi Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA.

“2019 adalah cemerlang tetapi ia tidak penting kerana apa yang diambil kira ialah musim, bukan tahun, jadi musim 2019/20 belum berakhir,” kata Klopp.

“Kami baru mengharungi separuh perjalanan, masih ada 19 perlawanan yang kami perlu harungi dan mungkin 18 atau 19 daripadanya adalah seperti malam ini, untuk pelbagai alasan.

“Siapa yang kisah mengenai mata yang dikutip pada Disember? Kami hanya mencipta asas dan akan mulakannya daripada sekarang, itu saja.”

Wolves jelas berang sebelum keputusan VAR yang membenarkan jaringan tunggal Sadio Mane itu selepas mereka terpaksa bermain kurang 48 jam selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Manchester City.

Malah mereka turut dikecewakan apabila rayuan terhadap satu lagi dakwaan ke atas pertahanan Reds, Virgil van Dijk tidak diteliti manakala jaringan penyamaan mereka menerusi Pedro Neto dibatalkan oleh VAR.

“Anfield menakjubkan tetapi apa yang mereka raikan bukan gol. Ia langsung tidak masuk akal. Pengadil sepatutnya kekal dengan keputusannya,” kata bos Wolves, Nuno Espirito Santo.

“VAR membuat keputusan berbatu-batu jauhnya dan banyak perkara berlaku di sini. Siapa yang berada dalam perlawanan? Siapa yang merasai ketegangan dan perjalanannya. Pengadil berada di sini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");