Perak Hari Ini

Tiada Lagi Notis Peringatan Larangan Merokok Selepas Ini

IPOH- Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNPK) tidak akan mengeluarkan sebarang notis peringatan terhadap larangan merokok sebaliknya akan mengenakan kompaun kepada individu atau premis yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, tindakan ini selaras dengan pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11(d), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) mulai 1 Januari 2020.


“Penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula pada 1 Januari 2020 dimana individu yang merokok akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.

“Bagi pemilik premis yang tidak mempamerkan tanda larangan merokok akan dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan manakala, bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok di tempat makan, pemilik premis turut dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun,” katanya semasa menghadiri gimik Lawatan Penguatkuasaan Pendidikan di Medan Selera Datuk Sagor, hari ini.

Kata Sivanesan, pihak JKNPK telah melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan sejak ianya diwartakan bermula pada 1 Januari sehingga 30 Disember 2019 di mana sebanyak 15,902 buah premis telah diperiksa.

“Hasil pemantauan mendapati, sebanyak 5,330 buah premis didapati tidak mempamerkan tanda larangan merokok.

“Sebanyak 6,105 notis amaran telah dikeluarkan terhadap pengusaha dan individu yang didapati melakukan kesalahan pewartaan ini namun selepas ini, notis amaran seperti ini tidak akan menjadi notis tetapi akan menjadi kompaun seperti nilai yang dimaklumakan,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 32,153 bilangan aktiviti pendidikan kesihatan telah dijalankan serta 8,570 risalah diedarkan terhadap pengusaha dan individu yang ditemui sepanjang tahun 2019.

“Pemantauan dan pemakluman pewartaan oleh JKNPK telah dijalankan dengan penglibatan pengusaha premis makanan dimana sebanyak 52 aduan awam berkenaan dengan salah laku inidividu yang merokok di premis makanan telah diterima dan telah diselesaikan,” katanya.

Katanya lagi, kementerian juga telah memberi arahan untuk menjalankan penguatkuasaan penuh setiap hari mulai 1 hingga 14 Januari 2020 yang mana lokasi penguatkuasaan tidak akan dimaklumkan kepada orang awam.

“Namun begitu, mulai 15 hingga 30 Januari, penguatkuasaan penuh akan dijalankan dua kali seminggu, kemudian pada 1 Februari hingga 31 Mac, penguatkuasaan dijalankan sebanyak satu kali seminggu

“Bermula 1 April hingga 31 Ogos, penguatkuasaan penuh dijalankan sebanyak dua kali sebulan dan penguatkuasaan pada tahun 2020 yang terakhir iaitu 1 September hingga 31 December, tindakan penguatkuasaan dijalankan satu kali sebulan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");