Membawang Hari Ini
Like

“Tiada Sebab Untuk Menfitnah…” – Isteri Nafi Sengaja Dedah Kes Video Panas Da’i

December 23, 2019
804 Views
0 Comments
3 minutes read
“Tiada Sebab Untuk Menfitnah…” – Isteri Nafi Sengaja Dedah Kes Video Panas Da’i

Sebelum ini nama seorang pendakwah selebriti dilihat memenuhi ruangan komen satu pendedahan eksklusif daripada isterinya mengenai tabiat buruk suami yang kerap menghantar pesanan mesej (DM) tidak senonoh kepada beberapa orang wanita.

Menerusi Mstar, wanita tersebut memberitahu bahawa dia buntu dengan sikap suaminya yang menghartar video berahi kepada wanita lain walaupun dirinya merupakan seorang pendakwah.

Rentetan daripada pendedahan tersebut, nama seorang peserta rancangan dakwah iaitu Da’i Hijrah atau nama sebenarnya Muhammad ‘ Asri Hijrah Bin Damni telah menjadi buah mulut utama di media sosial.

Lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila Instagram serta Facebook Da’i Hijrah sudah tidak dapat ditemui lagi.

Tiada niat langsung malukan suami

Tidak lama selepas itu, wanita yang mengakui sebagai isteri kepada Dai’i Hijrah telah tampil mengakui kebenaran tersebut menerusi muat naik di facebooknya menggunakan nama Aida Ismail II.

Melalui perkongsian tersebut, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Ismail memberitahu bahawa tindakannya adalah kerana begitu penat dengan keadaan yang mana dia terpaksa turun naik mahkamah bagi menyelesaikan urusan rumah tangga mereka.

Tambahnya lagi, tiada langsung niat untuk menfitnah atau mengaibkan suami namun terpaksa melakukan pendedahan kerana sudah 4 tahun memberi peluang kepada suaminya untuk berubah.

Ada perempuan DM lepas pulang jadi Mutawwir

Aida juga memohon agar semua pihak menghentikan fitnah kepada dirinya dengan mengatakan sengaja mahu memalukan suami sedangkan dia telah melalui pelbagai ujian sebagai seorang isteri yang taat.

Bertaubatlah suami…

Diakhir penulisan Aida, dia memohaon beribu keampunan kepada suami diatas pendedahan ini dan sangat berharap agar Dai’i Hijrah berhenti dari melakukan perkara tidak baik serta bertaubat bersungguh-sungguh.

Dia megakui bahawa suaminya seorang yang sangat menjaga ibadah namun tewas dalam menjaga perasaan isteri. Aida turut memberitahu jika dia berdusta maka laknat Allah akan dihadapinya.

Siapa pulak yang psiko tu?

Menerusi perkongsian terkininya di Facebook, Aida telah mendakwa bahawa dirinya sedang ‘ditahan’ seakan takut dia melarikan diri.

Awak perempuan kuat & tabah

Sehubungan dengan itu, menerusi sumber, rata-rata rakan Facebooknya telah meninggalkan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

Mereka telah memintaa agar Aida terus kuat menempuh dugaan ini dan berharap agar kemelut yang melanda dalam rumah tangganya dapat diselesaikan segera agar tiada mana-mana pihak lagi yang menanggung derita.

Allah ada bersama orang2 teraniya

Moga diberi kekuatan & ketabahan

 

Sumber : Astro GempakAida Ismail II, Mstar Online

Komen & Pendapat

Comments are closed.