Panasnya Hari Ini

Ujian Poligraf Yusoff Hanya Untuk Bantu Siasatan – KPN

KUALA LUMPUR – Ujian poligraf yang dibuat terhadap bekas pegawai penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther pada 17 Disember lepas adalah bagi membantu siasatan polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Menurut Bernama, beliau berkata ujian poligraf berkenaan tidak dapat diterima pakai dalam proses mahkamah sebagai bukti kukuh, sebaliknya ia digunakan pasukan penyiasat untuk membantu menyakinkan siasatan sama ada individu bercakap benar atau tidak.

“Jika didapati benar, kami akan menggandakan usaha dalam memperoleh maklumat dan mencari bukti, ” katanya.

Pada November tahun lepas, Muhammed Yusoff membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar, namun dinafikan oleh presiden PKR itu yang mendakwa beliau sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan dan telah memanggil Muhammed Yusof dan Anwar untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");