Sukan Hari Ini

United ‘Ajar’ Mourinho

JOSE Mourinho kembali ke Manchester United dengan kedukaan apabila Marcus Rashford meledak dua gol untuk menewaskan Tottenham 2-1 ketika Liverpool mengekalkan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan lima gol ke atas Everton.

Menurut Harian Metro, Pasukan di tangga kedua Leicester menyamai rekod tujuh perlawanan tanpa kalah berturut-turut di liga utama hasil kemenangan 2-0 ke atas pasukan tercorot Watford manakala Chelsea bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dengan membenam Aston Villa 2-1.

Kekalahan pertama Mourinho sejak mengendalikan Spurs sedikit sebanyak melegakan Ole Gunnar Solskjaer apabila United memintas Tottenham, untuk berada di tangga keenam liga.

Rashford meletakkan United di depan hasil kepincangan penjaga gol Paulo Gazzaniga, apabila pemain England melakukan rembatan bertenaga melepasi gawang dan berpeluang menggandakan jaringan.

Namun di sebalik dominasi United sepanjang 45 minit pertama, aksi memukau Dele Alli menyamakan kedudukan buat skuad Mourinho sebelum tamat separuh masa pertama.

Alli berjaya merebut bola tinggi dan melepasi dua pertahanan United dengan satu sentuhan sebelum meledak gol keempatnya sejak skuad itu dikendalikan Mourinho.

United berpeluang menggandakan jaringan apabila Rashford dijatuhkan Moussa Sissoko di kawasan penalti pada awal separuh masa kedua dan kembali cemerlang menyempurnakan penalti dengan mengelirukan Gazzaniga.

“Tiga mata amat besar bagi kami,” kata Solskjaer.

“Kami mencatat terlalu banyak seri musim ini dan terlalu banyak mensia-siakan mata biarpun mendahului perlawanan. Pelajaran terbaik daripada dua perlawanan terakhir (Sheffield United dan Aston Villa) dan kami bangkit dengan cara terbaik.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");