Membawang Hari Ini

Usah Perlekeh Dengan Bayaran Tak Masuk Akal – Tony Eusoff

KUALA LUMPUR: Pelakon Tony Eusoff menjelaskan tindakan memuat naik paparan skrin perbualan dengan syarikat produksi berhubung isu bayaran yang didakwa tidak masuk akal di Twitter , bukanlah bertujuan memalukan pihak terbabit.

Sebaliknya, Tony atau nama sebenar, Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 42, menganggap tindakan itu adalah bagi memberi kesedaran kepada semua pihak agar lebih peka dalam soal bayaran pelakon terutama artis berpengalaman.

“Saya bukannya marah dengan produksi terbabit tetapi lebih kepada kecewa dengan sistem ini secara amnya. Sebaik melihat jumlah bayaran yang mahu ditawarkan mereka, saya terkejut.

“Saya muat naik paparan skrin perbualan kerana mahu beri kesedaran kepada semua pihak agar jangan sewenang-wenangnya memperlekehkan anak seni dengan bayaran tak masuk akal,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Dendam Pontianak ini bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bayaran yang ditawarkan syarikat produksi terbabit.

Mengakui dirinya sedikit emosi ketika memuat naik perkongsian itu, aktor kelahiran Kuching, Sarawak, ini memaklumkan dia sudah memohon maaf kepada produksi terbabit.

“Apabila hati saya sejuk, terdetik juga yang saya tak sepatutnya buat begitu. Saya sudah memohon maaf kepada mereka.

“Nampaknya, bukan rezeki saya untuk berlakon dalam produksi berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran filem Daulat lakonannya di sini, baru-baru ini.

Tony berkata, tindakannya mendedahkan perkara itu mendapat sokongan artis lain. Dia berharap isu dibangkitkan mendapat perhatian pihak berkepentingan demi kebajikan anak seni.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");