Membawang Hari Ini

‘Video muzik saya keluar dulu, okay?’

KUALA LUMPUR: Dituduh meniru video muzik lagu How Do You Sleep dendangan Sam Smith, penyanyi dan komposer, Hael Husaini tidak sedikitpun gusar.

Mempertahankan keaslian klip video Hati yang dilancarkan seminggu lalu, Hael menjelaskan, konsep sama seperti video muzik terdahulu, Bersyukur Seadanya digunakan dalam buah tangan terbarunya itu.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar muzik saya.

“Biarlah jika ada yang mendakwa klip video Hati meniru artis lain. Saya fikir mereka mungkin belum pernah menonton lagu hari raya saya berjudul Bersyukur Seadanya.

“Saya menggunakan konsep sama untuk untuk klip video Hati. Malah, penari yang terbabit juga sama.

“Seperkara lagi, video muzik Bersyukur Seadanya dilancarkan lebih awal daripada How Do You Sleep,” katanya kepada BH Online.

Dimuat naik di YouTube sejak seminggu lalu, klip video Hati sudah meraih lebih 500,000 tontonan.

Sementara itu, Hael yang bakal beraksi bersama Dayang Nurfaizah pada Konsert Dayang Dua Dekad di Singapura, Sabtu ini, giat berlatih sejak beberapa hari lalu.

“Saya amat berbesar hati apabila diundang sekali lagi oleh Dayang untuk bersama-sama dalam konsert itu. Apa saja tawaran diberi Dayang, saya anggap sebagai peluang keemasan.

“Jika ditanya debaran beraksi buat kali pertama kali dengannya di Singapura, sejujurnya, saya tidak takut selagi bersama Dayang.

“Dayang membawa aura positif. Saya sentiasa menggunakan peluang untuk belajar. Banyak ilmu dikutip setiap kali bersamanya,” katanya.

Mengenai perancangan 2020, Hael berharap dapat terus menghasilkan karya terbaik buat peminat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");