Perak Hari Ini

Warung Mee Udang Galah Tanjung Tualang Ori Tempat Wajib Singgah Buat Penggemar Udang Galah

BATU GAJAH: Pekan Tanjung Tualang di sini amat sinonim dengan masakan yang berasaskan udang galah sehingga mendapat jolokan ‘Pekan Udang Galah’.

Bagi penggemar makanan tersebut, sekiranya tiba di Tanjung Tualang jangan lupa memasukkan ‘Warung Mee Udang Galah Tanjung Tualang Ori’ sebagai salah satu tempat persinggahan.

Mana tidaknya, penangan mi udang galah dan pelbagai menu lain yang berasaskan udang galah pasti berjaya menambat selera buat yang pertama kali ke situ.

Antara menu lain yang ada ialah mi goreng udang galah, nasi goreng udang galah, mi rebus udang galah, laksa udang galah serta mi udang laut.

Harganya pula berbeza-beza mengikut saiz undang yang berada antara RM15 sehingga RM25.

Selain itu, turut disediakan juga juadah lain seperti mi rebus, laksa, ayam penyet dan lain-lain.

Salah seorang pengusaha warung tersebut yang mudah disapa sebagai ‘Kak Intan’ berkata resipi penyediaan menu-menu berasaskan udang galahnya itu diwarisi daripada ibu bapanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Berbekalan resipi keluarga ia kemudiannya diolah mengikut selera warga tempatan.

Anak kelapan daripada 11 orang adik beradik itu berkata perniagaannya selama lebih lima tahun itu menghadapi pelbagai cabaran namun disebabkan sokongan para pelanggan ia telah membuatkan Kak Intan untuk terus kuat berniaga.

“Kebanyakan pelanggan kami terdiri dari orang luar. Antaranya datang dari Kuala Lumpur, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor.

“Para pelanggan juga terdiri daripada kalangan kakitangan awam dan pegawai kerajaan yang secara kebetulan menghadiri kursus di sekitar sini,” katanya kepada PerakToday, baru-baru ini.

Tambahnya lagi warungnya sentiasa menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba hujung minggu mahupun musim cuti persekolahan.

Warung Mee Udang Galah Tanjung Tualang Ori berada di Jalan Besar Tanjung Tualang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin. Waktu operasi bermula jam 12 tengah hari sehingga 9 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");