Sukan Hari Ini

Wenger Pertahan Tindakan Ozil

BEKAS pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata Mesut Ozil pasti menerima ‘kesan’ kerana mengkritik layanan China terhadap Muslim Uighur tetapi dia mempertahankan hak pemain tengah itu untuk menyuarakan pendapatnya.

Ozil, antarabangsa Muslim Jerman keturunan Turki yang ditandatangani oleh Wenger pada 2013 mengirimkan mesej pada Twitter dan Instagram, minggu lalu menganggap minoriti Uighur ‘pahlawan yang menolak penganiayaan.’

Menteri luar China berkata Ozil diperdaya oleh berita palsu selepas platform Wiebo seakan Twitter di negara itu dihujani mesej kemarahan malah sesetengahnya mahu kelab London itu memecat pemain menerima pendapatan tertinggi di kelab itu.

Menurut Harian Metro, Wenger memberitahu wartawan di Doha dia tidak tahu sama ada Ozil akan menerima impak jangka panjang.

“Saya tidak pasti keadaan itu, ia boleh berubah dengan cepat.

“Biarpun saya tidak tahu situasi itu keseluruhannya. Ozil membuat kenyataan dan selepas membuat kenyataan peribadi, anda menerima kesan akibat mengenainya,” kata Wenger.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");