Perak Hari Ini

2 Tahun PH Mentadbir, Perak Catat Surplus

IPOH- Kerajaan negeri Perak mencatat surplus atau lebihan bagi dua tahun berturut-turut sejak dipegang oleh kerajaan Pakatan Harapan bermula pada Mei 2018 iaitu jumlah surplus sebanyak RM52.33 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pencapaian ini membolehkan kerajaan negeri menutup akaun berakhir Disember 2019 dengan jumlah surplus sebanyak RM52.33 juta dan meningkat berbanding surplus sebanyak RM50.11 juta yang direkodkan pada tahun 2018.

“Antara penyumbang utama kepada peningkatan hasil kerajaan negeri adalah kejayaan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perak dan semua Pejabat Tanah di mana mereka mencatatkan pencapaian kutipan hasil tanah RM 688.7 atau 106.91 peratus berbanding sasaran RM644.2 juta pada tahun 2019.

“Pembangunan surplus ini datangnya dari hasil dari kerja kuat semua penjawat awam yang kita percaya bahkan hasil pendapatan negeri meningkat sebanyak 106 peratus dan ini adalah punca bagaimana kita mendapat surplus dengan lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Executive Talk dan Amanat Tahun Baru 2020 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Namun begitu kata Ahmad Faizal, walaupun terdapat pihak-pihak yang akan mengatakan bahawa prestasi yang baik ini adalah disebabkan kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan, terutama perbelanjaan pembangunan.

“Andaian ini tidak berasas kerana rekod menunjukkan prestasi perbelanjaan mengurus dan emolumen mencapai tahap 96 peratus manakala perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak 90 peratus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");