Perak Hari Ini

3 Maut 9 Cedera Dalam Nahas Melibat Sebuah Treler

KUALA KANGSAR: Tiga maut manakala sembilan lagi cedera di dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 246.1 Lebuh Raya Utara Selatan ke arah selatan, di sini, lewat malam tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada 10.13 malam.

Ekoran itu, kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah treler, empat buat kereta dan dua buah motosikal.

“Setibanya jentera JBPM di lokasi kejadian, anggota bertindak mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit.

“Anggota turut membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan kesemua mereka di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya

Bagaimanapun, menurut pengamatan komander operasi, kemalangan berlaku berpunca dari lori treler sehingga mengakibatkan keempat-empat kereta serta dua buah motosikal berlanggar di bahagian belakang.

Mangsa yang maut ialah pemandu, K. Mahinderan, 56 tahun, dan dua penumpang wanita K. Aruna, 56 tahun, serta S. Thavamalar, 52 tahun.

Mereka yang cedera parah ialah dua penumpang Honda BRV, V. Rukumany, 53 tahun, dan K. Amutha, 57 tahun; tiga penumpang Perodua Axia, Nurul Atikah Mohd Radzi, 24 tahun, Nurul Jannah Zulkifli, 21 tahun, dan Rabiatul Adawiyah Zulkifli, 15 tahun.

Manakala, seramai 10 lagi mangsa, termasuk pemandu treler, mengalami kecederaan ringan atau tidak mengalami kecederaan.

Operasi menyelamat tersebut dilaporkan tamat pada jam 1.42 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");